Sertailah sekarang

Semua tentang kami

Kenali kami, kerja dan tujuan kami.

Mulakan Pengumpulan Ganjaran

ApakahValued Opinions?

Kami boleh memberitahu anda bahawa Valued Opinions merupakan panel kaji selidik berbayar yang terbesar di dunia. Tetapi kami tidak suka menunjuk-nunjuk.

Kami menganggap diri kami sebagai satu komuniti penyelidikan pasaran. Ahli-ahli menyertai kaji selidik dalam talian, melengkapkan kajian diari dan menguji produk baharu di masa lapang mereka.

Sebagai balasan, kami menawarkan mereka kad hadiah dan baucar dari beberapa jenama terbesar di sekitar mereka.

Kami telah beroperasi sejak tahun 2004 dan kini mempunyai lebih daripada 3 juta ahli dari seluruh dunia. Ingin tahu mengapa? Sertailah dan lihat sendiri.

Mula mengambil kaji selidik penyelidikan pasaran berbayar hari ini

Ganjaran yang hebat untuk pandangan anda

Kaji selidik dalam talian kami membantu membentuk produk dan perkhidmatan masa depan. Bagaimana? Dengan membolehkan syarikat dan organisasi besar mengetahui dengan tepat apa yang anda fikirkan.

Mereka menghargai maklum balas anda, jadi kami memberi ganjaran kepada anda untuk masa yang anda luangkan. Tebus kad hadiah dan baucar untuk jenama terkemuka seperti Aeon Jusco, KFC dan Zalora .

Daripada isu-isu alam sekitar atau filem blokbuster, sehinggalah trend fesyen atau makanan kegemaran anda, kami hanya memerlukan pendapat jujur anda. Ini benar-benar dapat memberikan perbezaan.

Ganjaran yang hebat dengan Valued Opinions

Mulakan dalam masa beberapa minit

Anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran dan mengaktifkan akaun anda.

Sebaik sahaja anda mendaftar, anda akan mula menerima kaji selidik , terus ke peti masuk anda.

Bukan hanya kaji selidik - anda juga akan dapat mengkaji semula kempen pengiklanan, menguji produk baharu dan banyak lagi.

Anda selamat dengan kami

Sebagai panel penyelidikan pasaran, melindungi data anda benar-benar penting bagi kami. Itulah sebabnya kami berjanji untuk menyimpan apa-apa maklumat yang anda kongsikan 100% tanpa nama.

Anda akan gembira mendengar bahawa komitmen kami kepada privasi dan penggunaan data saksama juga telah diperakui secara bebas . Sebagai syarikat yang telah mantap, kami juga merupakan ahli semua badan yang mentadbir penyelidikan pasaran yang utama termasuklah:

·     The Marketing Research Association (MRA)

·     The Market Research Society (MRS)  

Masih ada soalan?

Lihat Soalan Lazim kami atau berhubung dengan kami Pasukan perkhidmatan ahli kami yang berdedikasi telah dilatih secara khusus untuk membantu anda.

Masih belum menjadi ahli? Ketahui apa yang disibuk-sibukkan ini.

 

Mula Memperoleh Ganjaran